TITLE

DETAIL GOES HERE

TITLE

DETAIL

^_^

PUT TITLE HERE

TITLE GOES HERE

Click for more info TITLE

TITLE

TITLE DETAIL

Pages

Saturday 20 January 2018

Panduan Login frog VLE bagi Ibubapa

IBU BAPA

CARA MENDAPATKAN USER ID DAN PASSWORD VLE FROG BAGI IBU BAPA

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SK Perdana Jaya SS19.
Untuk pengetahuan semua, SK Perdana Jaya SS19 telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini program Frog VLE sedang giat dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa boleh log in ke dalam Portal Frog SKPJSS19 untuk melihat sendiri tugasan-tugasan anak tuan/puan, keputusan pencapaian anak-anak serta segala aktiviti atau kegiatan yang berlaku di sekolah. Untuk mengaktifkan akuan serta mengesahkan status anak tuan/ puan, anda dikehendaki mendapat mendapatkan USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

1. Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1Bestarinet

2. Kemudian, scroll page kebawah untuk retrieve ID

3. Anda akan dibawa kepada laman seperti di bawah. Klik pada Retrieve My ID

 4. Tandakan V pada kotak <Parent>. Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruang yang disediakan. Klik pada GO. YES ID anda akan dipaparkan di kotak bawah. Sila catatkan YES ID anda dan klik Continue. Sila ikuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan nombor telefon yang sebenar. Kemudian klik Send Password. Password anda akan diberi secara serta merta ke telefon bimbit anda.
5. Kemudian, untuk mengakses platform 1bestarinet VLE Frog SKSB, sila guan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini
Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log in.



credit: bayufrogvle

Friday 6 October 2017

Majlis Perpisahan cikgu Syahrizam


Sunday 17 September 2017

HUBUNGI KAMI

Alamat Sekolah:
SK Perdana Jaya SS19, Jalan SS19/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-5636 5106    Fax: 03-5621 4303

ID Facebook Sekolah: SK Perdana Jaya
Website : Tiada
Blogspot : Tiada
Emel : bba8232@btpnsel.edu.my / skperdanajayass19@gmail.com 

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN PERDANA JAYA SS19

Berdiri indah megah Perdana Jaya
Sama sama kita berusaha
Menambah ilmu dan kualiti
Ke arah kecemerlangan

Optimistik dan versatil
Amalan hidup kita
Gagah berdiri harapan negara
Berusaha mencapai cita

Berdedikasi serta
Berpengalaman
Menjamin kesejahteraan
Mendidik dengan nilai murni
Berwawasan dan penyayang

Wednesday 6 September 2017

VISI & MISI SEKOLAH

VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara

Sejarah SK Perdana Jaya SS19


SK Perdana Jaya SS19, Subang Jaya dibina di atas kawasan kurang sepuluh ekar dan dibuka pada Disember 1994.
Terdapat empat blok bangunan dua tingkat yang menempatkan 25 kelas dan bilik kegiatan termasuk pejabat pentadbiran sekolah dan     kantin.
Sesi persekolahan pertama bermula pada Disember 1994. Jumlah murid sebanyak lima ratus tiga belas orang yang  dikelolakan oleh tiga Guru Penolong Kanan dan  Tuan Haji  Baharom bin Haji Kassim ialah Guru Besar pertama.
Tiga belas kelas diguna bagi menempatkan Tahun 1 hingga Tahun 5 pada peringkat awal. Persatuan Ibu Bapa Guru telah ditubuh pada 14 Januari 1995.
Logo dan Lagu Sekolah dicipta pada masa yang sama bagi memasak semangat cintai sekolah.
Sekolah telah melalui pembangunan  fizikal dari semasa ke semasa daripada sumbangan selain  PPD dan JPS yang selalu membantu.
Mereka kesemuanya sentiasa menyokong perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh sekolah untuk murid dan guru.
Pada tahun 2005 bermula penubuhan sebuah kelas Prasekolah diikuti sebuah kelas Disleksia pada tahun 2007.
Puan Norzila binti Ishak mengambil alih sebagai Guru Besar yang ke-12 pada 1 Mei 2017 sehingga sekarang.

Tuesday 5 September 2017

DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN

LAMAN SESAWANG INI SEDANG DIKEMASKINI...